Pelawak, Man atau lebih dikenali dengan nama Man Raja lawak mendedahkan seorang penyanyi berhutang dengannya sebanyak RM10,000 dan masih belum membayar semula.
Sebelum ini, penyanyi berkenaan dikatakan mengelak daripada membuat bayaran beberapa kali meskipun sudah berjanji akan menyelesaikan jumlah itu pada 22 Oktober lepas.
Ujar Man, dia tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan identiti penyanyi berkenaan jika dia masih gagal membayar hutang tersebut.
Banyak alasan diberikan oleh penyanyi itu dan kata Man lagi dia banyak mendapat undangan membuat persembahan malah penganjur turut memaklumkan sudah membayarnya.
Jadi kenapa dia mengelak untuk membayar hutang saya? Duit banyak tapi hutang saya tidak nampak bayang.
Tambahnya, penyanyi tersebut sudah membuat separuh bayaran pada petang Isnin berjumlah RM5,000 selepas Man memuat naik hantaran di media sosial
View this post on Instagram
Jelas Man lagi, dia hanya pernah berjumpa dengan penyanyi tersebut di beberapa acara dan ada mendapat mesej daripadanya pada 1 Oktober lalu.
Saya pun pelik juga apabila dia mahu pinjam duit sebab tidak pernah tahu penyanyi itu ada masalah kewangan. Walaupun cuba elak, saya tetap berikan juga.
Katanya, jika penyanyi itu tidak membayar keseluruhan RM10,000 seperti yang dijanjikan dengan kadar segera, dia akan menularkan nama selebriti tersebut.