Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan sebuah bas berubah rupa apabila tiba di stesen bas.
Perkara ini telah membuatkan ramai orang yang sedang menunggu bas terkejut dan keliru.
Kejadian yang berlaku di lokasi tidak diketahui pada siang hari, dengan cuaca yang cukup terik itu telah mengundang netizen untuk melontarkan komen rasa hairan dengan situasi tersebut.
Jimat Elektrik, Udara Sejuk & Mampu Basmi Bakteria, Haier Hadir Dengan Penghawa Dingin Baru
Bikin ramai terkejut, rupa-rupanya ia adalah untuk keluaran penghawa dingin terbaru daripada Haier. Tapi, kenapa ia berubah warna, mengeluarkan angin yang sejuk dan duit syiling?
Kalau anda nak tahu, apabila penghawa dingin tersebut bertukar warna daripada kelabu kepada merah jambu, dan kemudian kepada biru cair, ia sebenarnya adalah pilihan warna yang tersedia tau.
Menariknya, anda juga boleh menukar cover warna mengikut situasi dan citarasa. Hanya buka cover sedia ada, dan ganti dengan warna yang anda inginkan. Senangkan?
Selain itu, anda dah tak perlu risau tentang bil elektrik melambung sebab dengan penghawa dingin Haier baru ini, ia mempunyai ciri AI ECO!
Menerusi ciri AI ECO ini, mod ECO akan diaktifkan secara automatik dan pilih tahap ECO yang bersesuaian dengan ruang anda untuk menjimatkan lebih banyak elektrik.
Selepas 80% penggunaan, penghawa dingin ini akan masuk ke mod ECO dan akan menjimatkan sehingga 60% elektrik. Baguskan kalau macam tu!
Bukan itu saja, penghawa dingin Haier ini juga mampu membasmi bakteria dan virus yang terperangkap pada ruang udara anda dengan ciri UVC PRO.
Untuk pengetahuan, ciri ini berfungsi dengan memancarkan sinar UV, di mana ia bukan saja mensterilkan virus dan bakteria, malah ia juga mampu untuk menghilangkan bau pada ruang udara anda.
Barulah ruang anda sentiasa bersih serta mempunyai udara yang lebih segar!
Sebenarnya, ada banyak lagi ciri bagus yang ada pada penghawa dingin baru Haier ini tau. Kalau nak tahu, jangan lupa untuk dapatkan penghawa dingin Haier ini okay?
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Haier, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.