Mampu Basmi Lebih 90% Virus, Vietnam Cipta Bilik Steril Tangani COVID-19

COVID-19

Mampu Basmi Lebih 90% Virus, Vietnam Cipta Bilik Steril Tangani COVID-19

Dek kerana penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di seluruh dunia, Vietnam tampil bijak dengan memperkenalkan ciptaan baru yang boleh membantu mencegah virus itu daripada terus menghantui ramai orang.

Bagi membendung COVID-19, Universiti Hanoi dan Institusi Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (Kementerian Kesihatan) telah mencipta satu ruang untuk membasmi virus. Kini bilik kecil tersebut ditempatkan di kawasan pemeriksaan kesihatan dan tempat tumpuan ramai bagi memastikan keselamatan dan meminimakan penyebaran patogen berbahaya, terutama sekali ketika epidemik COVID-19.

Advertisement

bilik basmi virus di vietnam

Proses ini hanya mengambil masa selama 15 ke 20 saat untuk ‘membersihkan’ tubuh badan seseorang sebelum memasuki kawasan klinik. Tambahan lagi, sistem ini dicipta sebagai satu modul lantas membolehkan ia bergerak dan dibawa ke tempat lain dengan mudah. Kalau anda nak tahu, pemasangan sistem yang lengkap boleh menyahinfeksikan hampir 1000 orang dalam masa sehari.

bilik basmi virus di vietnam

Sistem ini dihasilkan menurut prinsip penggunaan larutan garam terionisasi (Anolyte) dalam bentuk semburan kepada badan manusia untuk membasmi kuman pada seluruh permukaannya. Kesemua larutan ini telah dipastikan keselamatannya apabila terkena pada bahagian kulit yang sensitif. Ciptaan ini boleh dikatakan hebat kerana ia boleh mematikan lebih 90% bakteria dan virus yang berada pada permukaan badan dan pakaian setiap individu yang melalui prosesnya.

Semoga bilik pembasmi virus ini boleh dibawa ke Malaysia juga.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...