August 12th, 2011

Tajuk di atas ditulis di dalam kelaparan yang lain macam sikit pada hari yang panas terik ini. Mamat Sepah dan Fida kini khabarnya sedang berkawan rapat sejak 6 bulan yang lepas. Dalam dunia artis, kalau sedang berkawan rapat maknanya berkemungkinan besar mereka berdua sedang bercinta.

fida dan mamat sepah bercinta

Sebelum ini Mamat Sepah dikatakan bercinta dengan adik Rodi Kristal. Abang Nara dah tengok gambar adik Rodi tue. Boleh tahan cun jugak. Sayangnya percintaan mereka tak kekal. Mungkin jodoh Mamat dengan Fida.

Cuba teka sikap apa yang menyebabkan Fida tertarik kepada Mamat?

Antara ramai artis lelaki, saya tertarik dengan cara dia menandatangani autograf kepada peminat dengan menggunakan tulisan jawi dan selepas memenangi Maharaja Lawak baru-baru ini, dia terus pulang ke kampung untuk bertemu keluarga berbanding mengutamakan orang lain. Jadi, kualiti yang ada itu membuatkan saya selesa untuk berkawan dengannya, namun hubungan kami masih baru untuk mengatakan kami bercinta atau tidak

Kepada Mamat, kalau dah suka tue bagitau jerlah. Masuk line terus. Terus masuk minang. Fida tue bukannya tak ada peminat. Ramai kot peminat dia. Kang melepas kang baru nak nangis. Tak gitu?


Comments are closed.

Loading...