Mamat Sepah Dikecam Selepas Muat Naik Video Isu Berbuka Puasa – “Nampak Tak Cerdik”

Hiburan

Mamat Sepah Dikecam Selepas Muat Naik Video Isu Berbuka Puasa – “Nampak Tak Cerdik”

Pelawak Mamat Sepah menerima kecaman warganet selepas memuat naik sebuah video berkaitan golongan yang dibenarkan berbuka puasa.

Menerusi hantaran di Threads dan TikTok, pemilik nama sebenar Mohd Noor Murad, 40, berkongsi video dirinya sedang memandu sambil mendengar ceramah agama daripada seorang ustaz.

Advertisement

Ceramah tersebut menyentuh tentang golongan yang dibenarkan berbuka puasa sekiranya berdepan situasi darurat.

Dalam masa sama, kelihatan juga sebuah tin minuman diletakkan di poketnya dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, reaksi Mamat yang dilihat seolah-olah mahu berbuka puasa mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Menurut mereka, tindakan tersebut memberi gambaran negatif terhadap syariat serta hukum Islam selain boleh menjejaskan imej agama.

mamat sepah

Ada juga netizen menegurnya agar menghormati kesucian bulan Ramadan dan tidak menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nabila razali
2026-03-12 12:12:56

"Saya Hanya Ikut Konsep Muzik Video Lagu.." - Nabila Razali Jawab Dakwaan Pakai Tudung Jarang, Singkat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...