September 9th, 2015

Masih lagi mengekalkan hubungan yang baik bersama Jep dan Shuib, bekas anggota kumpulan Sepah iaitu Mamat menafikan khabar angin bahawa mereka bertiga bakal menubuhkan kembali kumpulan lawak popular Sepah selepas lama berpecah.

Jelas Mamat, mungkin orang ramai salah faham apabila beliau sama-sama naik ke pentas bersama kumpulan Sepahtu di Anugerah Lawak Warna baru-baru ini.

Tidak dinafikan saya masih rapat dengan mereka berdua. Kami masih lagi lepak bersama tetapi bukan dengan tujuan tertentu. Tiada perbincangan lanjut antara kami mengenai penubuhan semula kumpulan Sepah. Saya sendiri tidak boleh beri komen mengenai perkara ini. Mungkin kerana penampilan saya tempoh hari di Anugerah Lawak Warna  bersama kumpulan Sepahtu di atas pentas yang membuatkan orang ramai mula tertanya-tanya.

Mamat juga menyangkal dakwaan bahawa penubuhan semula kumpulan Sepah  adalah sebagai persediaan untuk mereka menyertai program Maharaja Lawak Mega yang akan datang.

Tambah Mamat, beliau kini lebih selesa dengan kerjayanya sebagai penyampai radio di Ultra FM kerana dapat berinteraksi dengan peminat dengan lebih dekat.

Kumpulan Sepah dahulu memang cukup power dan sering berjaya memikat hati peminat dengan lawak mereka. Namun, mungkin juga mereka lebih sesuai untuk membawa haluan masing-masing, jika tidak tentu pada awal lagi mereka tidak berpecah bukan.

Sumber Berita: Astro Gempak


Comments are closed.

Loading...