March 30th, 2020

Sejak minggu lalu, ramai artis yang begitu lantang bersuara meminta pihak kerajaan memberikan mereka bantuan khusus akibat pendapatan terjejas dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, ada juga perbalahan di kalangan selebriti sendiri yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

mamat khalid artis minta bantuan

Apa yang berlaku sedikit sebanyak telah “mencalarkan” imej penggiat seni tanah air. Susulan itu, pengarah Mamat Khalid tampil bersuara mengena isu tersebut.

Mamat menempelak sikap segelintir artis yang selama ini suka berkongsi gaya hidup mewah serta barangan berjenama di media sosial. Sebenarnya tindakan mereka itu memakan diri sendiri dan dikecam teruk ketika krisis COVID-19.

Tayang semua di media sosial, tanggunglah bila dikecam

mamat khalid artis minta bantuan

Teguran dan pendapat daripada seorang yang begitu berpengalaman dalam bidang seni. Tidak dinafikan, selama ini pada pandangan masyarakat artis ini mempunyai kelas tersendiri dan tidak perlu dibantu kerana sering menayang kemewahan di media sosial.

Mungkin selepas ini boleh lebih bersederhana agar tidak mengundang kritikan ramai dan salah faham.


6 responses to “Mamat Khalid Tempelak Artis Minta Bantuan Kerajaan”

  1. Acik says:

    Cara dia cakap tu mcm netizen yg dengki dgn retis2… ke acik yg silap tafsir???

  2. Anonymous says:

    Dia bkn kecam rakan artis dia. Dia sindir netizen.

  3. Anonymous says:

    Betoi bang mat..dulu modi moto abis belas ribu,,ni baru kena pkp 2 mingu dh mintak bntuan mcm xmkn setahun..

  4. Anonymous says:

    Patut abg mamat atau dato y haslam jadi presiden seniman. Bagi tauliah sikit artis2

  5. Tomi says:

    Pada masa inilah para artis perlu bersatu. Ada yg play safe. Komen yg ini sgt bernas.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...