Bekas vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat, ditahan oleh pihak polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu di Taman Perling Johor kelmarin.
Mamat ditahan bersama seorang lagi rakannya pada jam 11.30 malam, dimana kedua-duanya dilihat berada dalam keadaan mencurigakan ketika menunggang sebuah motosikal.
Selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, pihak polis menemui paket mengandungi serbuk putih dipercayai syabu di dalam dompet milik penyanyi tersebut. Hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati mereka berdua positif dadah.
Umum mengetahui kumpulan Exists bakal mengadakan konsert reunion pada 28 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam.
Penganjur konsert Exists Reunion, Shiraz Projects, terkejut dengan penangkapan Mamat. Bagaimanapun, Pengarah Urusan Shiraz Projects, Encik Shirazdeen Karim berkata, konsert tersebut akan berjalan seperti yang dirancang.
ikan
September 11, 2019 at 6:25 am
payah la kalau dh sebati ni. masuk pusat pun keluar jadi penagih balik. buat perabis taxpayer money je. elok kumpul je ramai2 tembak tepi lubang pastu kambus.
Anonymous
September 10, 2019 at 1:39 pm
Buang masa dan buang duit makan dadih.
kudur
September 10, 2019 at 12:54 pm
fans minat dia…byk peluang tuk dia.. tp dia xnmpk… doa yg baik2. sore sedap..syg bakat ko mat :(
anon
September 10, 2019 at 12:46 pm
terjadi nya reunion konsert ni sebab rata2 ORANG RINDU SUARA KAU LAH MAMAT
KO BUAT PERANGAI LAGI
FAN KAU SAYANGKAN KAU
TAPI KAU TAK SAYANGKAN DIRI KAU
SAYANG SERIBU KALI SAYANG SEBAB ALLAH KURNIAKAN KAU BAKAT
BERUBAHLAH SELAGI MASIH ADA NYAWA DI KANDUNG BADAN
Anonymous
September 10, 2019 at 12:41 pm
tak pernah serik!