Mamamoo Kuasai Carta Lagu Di Korea Untuk Bulan Mac

Trending

Mamamoo Kuasai Carta Lagu Di Korea Untuk Bulan Mac

 

Advertisement

Lagu terbaru Mamamoo ‘Gogobebe’  telah membuktikan lagu ini adalah lagu yang terbaik di Korea pada bulan Mac yang lalu. Menjuarai hampir kesemua carta-carta lagu di Korea ‘Gogobebe’ adalah salah satu lagu dalam mini album terbaru Mamamoo iaitu ‘White Wind’.

Mamamoo yang terdiri daripada 4 orang ahli, Solar, Moonbyul, Wheein dan juga Hwasa telah rasminya membuat kemunculan sulung pada tahun 2014 dengan single ‘Mr. Ambiguous’. Kemunculan sulung mereka telah dianggap sebagai kemunculan sulung yang terbaik pada tahun 2014. Sejak dari itu Mamamoo telah melancarkan beberapa buah lagu yang turut menjadi kegemaran peminat-peminat Kpop.

Selain popular dengan persembahan lagu-lagu mereka, Mamamoo juga sering diundang ke program-program hiburan di TV Korea. Mereka dalam perancangan untuk muncul dalam program ‘Knowing Brothers’ sebagai tetamu jemputan di dalam bulan April ini.

Ahli-ahli Mamamoo juga banyak kali tampil solo dalam menyampaikan lagu di mana yang terbaru Hwasa yang merupakan penyanyi rap telah melancarkan lagu solonya ‘Twit’ yang juga telah menjadi antara lagu terbaik di carta-carta lagu Korea.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...