Mamak Puteh Kongsi Keadaan Anak Sulung, Jalani Pembedahan Kerana Masalah Pernafasan

Hiburan

Mamak Puteh Kongsi Keadaan Anak Sulung, Jalani Pembedahan Kerana Masalah Pernafasan

Anak sulung Mamak Puteh, Iris Nur Adawiyah dimasukkan ke hospital selepas didapati mempunyai masalah pernafasan kerana tulang hidung senget.

“Saya Cuma Berharap Kemelut Mereka Diselesaikan Dengan Cara Baik” - Mamak Puteh Akui Tak Campur Urusan Keluarga Ali
4 years ago

“Saya Cuma Berharap Kemelut Mereka Diselesaikan Dengan Cara Baik” - Mamak Puteh Akui Tak Campur Urusan Keluarga Ali

Advertisement

Mamak ketika dihubungi memberitahu yang Iris kini menjalani pembedahan hari ini untuk membuang nanah di bahagian telinga dan hidungnya.

Tulang hidung Iris senget. Jadi bila senget, saluran pernafasan dia mempunyai masalah terutama ketika dia selsema.

Menurut Mamak, hingus anaknya tidak boleh keluar melalui hidung apabila selsema serta tersangkut lalu pergi ke telinga dan menjadi nanah.

Mamak turut memaklumkan yang pembedahan secara laser dilakukan untuk membetulkan saluran pernafasan Iris namun masalah tulang hidung yang senget itu tidak boleh hendah di buat apa lagi.

Tambah Mamak lagi, doktor perlu tunggu Iris berusia 15 tahun dahulu untuk lihat keadaan tulang yang senget tersebut.

Mamak Puteh

Bukan itu sahaja, kebiasaannya tulang itu akan pulih sendiri tetapi jika ia masih senget barulah pembedahan akan dilakukan untuk membetulkan bahagian tersebut.

Mamak sebelum itu berkongsi foto anaknya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram sebelum prosedur pembedahan dilakukan.

Pembedahan dilakukan di Pantai Hospital Penang, Bayan Lepas. Setakat ini keadaan Iris juga baik. Terima kasih kepada semua yang mendoakan anak saya.

Dalam pada itu, Mamak turut mengucapkan rasa syukur kerana cepat mengesan masalah yang dihadapi oleh anaknya itu dan terus merujuk ke hospital.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...