Anak sulung Mamak Puteh, Iris Nur Adawiyah dimasukkan ke hospital selepas didapati mempunyai masalah pernafasan kerana tulang hidung senget.
Mamak ketika dihubungi memberitahu yang Iris kini menjalani pembedahan hari ini untuk membuang nanah di bahagian telinga dan hidungnya.
Tulang hidung Iris senget. Jadi bila senget, saluran pernafasan dia mempunyai masalah terutama ketika dia selsema.
Menurut Mamak, hingus anaknya tidak boleh keluar melalui hidung apabila selsema serta tersangkut lalu pergi ke telinga dan menjadi nanah.
Mamak turut memaklumkan yang pembedahan secara laser dilakukan untuk membetulkan saluran pernafasan Iris namun masalah tulang hidung yang senget itu tidak boleh hendah di buat apa lagi.
Tambah Mamak lagi, doktor perlu tunggu Iris berusia 15 tahun dahulu untuk lihat keadaan tulang yang senget tersebut.
Bukan itu sahaja, kebiasaannya tulang itu akan pulih sendiri tetapi jika ia masih senget barulah pembedahan akan dilakukan untuk membetulkan bahagian tersebut.
Mamak sebelum itu berkongsi foto anaknya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram sebelum prosedur pembedahan dilakukan.
Pembedahan dilakukan di Pantai Hospital Penang, Bayan Lepas. Setakat ini keadaan Iris juga baik. Terima kasih kepada semua yang mendoakan anak saya.
Dalam pada itu, Mamak turut mengucapkan rasa syukur kerana cepat mengesan masalah yang dihadapi oleh anaknya itu dan terus merujuk ke hospital.