“Mama Tak Pernah Mengeluh Penat..” – Bella Astillah Tak Dapat Menahan Sebak, Titip Ucapan Hari Ibu Buat Mama

Hiburan

“Mama Tak Pernah Mengeluh Penat..” – Bella Astillah Tak Dapat Menahan Sebak, Titip Ucapan Hari Ibu Buat Mama

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah sebak apabila menyampaikan ucapan kepada ibunya Siti Zarina Astillah bersempena hari ibu. Dalam ucapan yang menyayat hati tu, Bella berterima kasih kepada ibunya yang banyak berkorban dan sentiasa ada menyokongnya.

Pengorbanan ibu terlalu banyak

Menurut Bella, dia akan sentiasa ingat jasa ibunya yang banyak berkorban, dari mereka masih tinggal di Sabah hingga berpindah ke Kuala Lumpur. Bagaimana ibunya bersusah payah mencari rezeki untuk mereka adik-beradik.

Advertisement

Kak Long (panggilan Bella) berterima kasih yang tak terhingga sebab pengorbanan mama yang terlalu banyak. Daripada kita tinggal di Sabah hingga pindah ke Kuala Lumpur, mama cari duit untuk keluarga.

 

Mama jaga Kak Long dengan baik, mama cari duit untuk sekolahkan adik-beradik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Einaastillah (@einaastillah)

Bersyukur dapat ibu yang sentiasa sokong

Di samping itu, pelakon ini juga meluahkan rasa syukur kepada Zarina yang sentiasa memberi sokongan kepada Bella dalam apa juga keadaan. Katanya, dia amat menghargai ibunya yang tidak pernah penat bersama-samanya meskipun sudah berkahwin dan menjadi ibu.

Apa-apa pun Kak Long bersyukur dapat mama yang sporting, baik, ikhlas. Kak Long nampak macam mana mama tak pernah mengeluh penat hingga hari ini, Kak Long dah kahwin dah ada anak dua, mama tetap bersama Kak Long.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astillah
22 hours ago

Ruhainies Mohon Ampun Maaf, Ini Respon Bella Astillah - "Alhamdulillah, Saya Minta Maaf Sebab.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...