“Mama Sentiasa Sokong” – Anak Sharifah Zarina Kini Dah Jadi Penyanyi, Tak Kisah Nama Dikenali Sebab Kontroversi

Hiburan

“Mama Sentiasa Sokong” – Anak Sharifah Zarina Kini Dah Jadi Penyanyi, Tak Kisah Nama Dikenali Sebab Kontroversi

Anak perempuan kepada penyanyi Sharifah Zarina, Athalia Deena Buswani pernah mencipta kontroversi setelah video TikToknya bersama pelakon Alvin Chong menjadi perbualan ramai netizen di media sosial.

Difahamkan, Athalia kini mewarisi bakat nyanyian ibunya dan sudah pun bergelar penyanyi apabila dia menghasilkan beberapa single duet buat peminat.

Advertisement

Athalia yang sering dikaitkan dengan ibu tersayang berkata, dia melihat perkara itu sebagai sesuatu yang positif dan perkara yang baik.

Saya memang okay saja bila orang kaitkan, itu anak Sharifah Zarina. Patutlah, mak dia pun penyanyi. Bagi saya apa yang dikatakan itu memang betul dan tak salah langsung. Jadi biarkan sajalah.

Katanya lagi, ibunya sering menjadi penyokong dan menenangkan dirinya apabila dikecam netizen selain mengingatkan dia agar tidak terlalu melayan karenah ‘haters’.

Kita tak boleh puaskan hati semua orang dan paksa mereka suka pada kita. Jadi, dengan adanya platform media sosial ni, tak boleh nak kata apa. Netizen memang akan komen macam-macam.

Athalia yang bernaung di bawa Universal Music Malaysia telah mengeluarkan single lagu terbaru berjudul ‘We Go Up’ yang boleh didengari di kesemua platform muzik media sosial.

Shuhada
2 years ago

"Last-Last Jual Produk" - Didakwa 'Jaja' Kisah Keguguran, Netizen Berang 'Founder' Gunakan Shuhada Untuk 'Marketing'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Harian Metro

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...