Melalui perkongsiaan selebriti, Rebecca Nur Islam di Instagram, dia berkongsikan foto ibunya yang sedang memegang telefon bimbit sementara menunggu waktu Isya.
Ibu beri kata-kata semangat
Dalam kapsyen hantaran tersebut, Rebecca tersentuh dengan kata-kata ibunya yang sering menjadi sumber kekuatan buatnya.
Mama pesan ‘Adik jangan sedih, biarkan dunia kecam kita, Allah ada.
Susulan itu, selebriti terbabit nekad untuk kekal kuat hadapi dugaan ini dan fitnah yang dilemparkan di laman media sosial.
Sebelum ini, Rebecca Nur Islam mengambil keputusan untuk memadam semua hantaran yang melibatkan keluarga di media sosial selepas abang sulung menasihati dirinya.
View this post on Instagram
Kata Rebecca di Instagram, dia menerima baik nasihat abangnya selepas berlaku konflik antara isteri usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida.