Bakal berkahwin tidak lama lagi dan akan membina keluarga sendiri, pelakon Elfira Loy baru-baru ini ada meluahkan perasaan mengenai ibu tercinta di akaun Instagramnya.
Elfira menyifatkan ibunya seorang yang kuat, berani dan begitu penyayang terhadap anak-anaknya dan sanggup melakukan apa sahaja agar anak-anak hidup senang.
Terima kasih kerana sudah menjaga beliau dan adik-adik dengan penuh kesabaran meskipun ada kalanya mereka bermacam ragam dan nakal.Elfira juga berdoa agar ibunya dilimpahi kebahagiaan dan diberkati umur.
Pengorbanan seorang ibu itu tidak terbalas. Mereka tidak pernah mengeluh atau kecewa apabila ditimpa kesusahan demi anak-anak tersayang. Oleh itu, kita haruslah menjaga hati dan menghargai segala jasa mereka selama ini.