Bohonglah kalau ada yang kata bahawa mereka tidak kenal dengan keluarga usahawan wanita Neelofa. Aktif di media sosial dan dalam bidang perniagaan, keluarga berasal daripada Kelantan ini ternyata sering menjadi perhatian ramai.
Meskipun isu penjenamaan ‘Harimau Daging’ baru sahaja reda namun ibu Neelofa dan adik-beradiknya yang lain kekal aktif di Instagram bagi berkongsi kehidupan seharian mereka.
Terbaru, Ameera Khan ataupun ‘Little Miss Khan’ dilihat telah berkongsi beberapa gambar ibunya, Datin Noor Kartini ketika masih lagi muda. Cantik sungguh!
Bahkan gadis itu sendiri terpegun dengan kecantikan ibunya itu,
“Mama, harimau pun nangis tengok ni.”
Daripada foto tersebut, memang jelas terpancar seri wajah Noor Kartini ketika muda. Nampak elegan betul dengan penampilan busan hitam dan juga putih.
Kalau anak sendiri terpegun, rasanya ramai netizen di luar sana turut tak dapat menafikan kecantikan Noor Kartini sehingga kini kan?

Anonymous
January 22, 2021 at 12:57 pm
dek..kalo nk cover pn ur mom’s mistake..cover la jgk aurat mak sekali…
Anonymous
January 22, 2021 at 9:11 am
jangan kan harimau menangis, pahala2 aurat pun nangis tengok anak jahil ni… huhuhu..
Anonymous
January 21, 2021 at 4:51 pm
Harimau kentut je bila tengok…