“Mama Dah Kat Situ, Rasa Boleh Tidur Di Kawasan Kubur” – Luahan Kilafairy Rindukan Ibu Undang Sebak Netizen

Hiburan

“Mama Dah Kat Situ, Rasa Boleh Tidur Di Kawasan Kubur” – Luahan Kilafairy Rindukan Ibu Undang Sebak Netizen

Hantaran pelakon jelita, Kilafairy di aplikasi Threads baru-baru ini turut mengundang sebak netizen gara-gara dia dilihat meluahkan rasa rindu terhadap ibunya, Allahyarham Rohana Jalil.

Tulis Kilafairy, jika dahulu, dia merasa seram dan takut apabila melalui kawasan perkuburan namun kini tidak lagi.

Advertisement

Ini kerana ibunya sudah ‘berada’ di sana dan dia juga merasa tenang apabila dapat melawat arwah yang sudah tiada di dunia.

Dulu takut sangat pergi dan lalu kubur. Sekarang bila mama dah dekat situ, rasa boleh sahaja tidur di kawasan kubur.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat turut berkongsi rasa yang sama apabila mengenangkan orang tersayang yang sudah tiada.

Betul sangat, saya lepas arwah ayah dan suami dah di situ (kubur) pergi sorang-soranh saja sebab dah tahu orang yang kita sayang di sana.

Terdahulu, penyanyi Rohana Jalil meninggal dunia pada 20 Jun 2023 akibat masalah kebocoran pada usus perut.

Anaknya, pelakon Kilafairy dilihat sangat terkesan dengan pemergian ibu kesayangan dan turut mengatakan bahawa dia tidak lagi teruja menyambut Ramadan dan Aidilfitri kerana sering merindukan sosok ‘syurganya’ itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Farid kamil tak tahu rumah bakal dilelong
4 hours ago

"Penyewa Yang Bayar Ansuran Pinjaman Sejak 2019" - Farid Kamil Tak Tahu Rumah Bakal Dilelong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...