Anak tiri kepada penerbit dan pelakon Ziela Jalil yang dikenali sebagai Najwa tampil memohon agar netizen berhenti mengecam dan menghentam ibu tirinya itu.
Najwa yang merupakan anak kepada isteri pertama suami penerbit itu menjelaskan bahawa Ziela bukanlah seorang perampas seperti mana yang didakwa oleh segelintir netizen.
Tambah gadis itu lagi, dia serta adik-beradiknya yang lain sangat menyanyangi Ziela dan menganggap wanita itu seperti ibu kandung sendiri.
“Kami baik-baik saja dengan Mama Ziela, kami menyanyanginya seperti ibu kami sendiri. Berhenti bercakap mengenai rampas la apala. Perkahwinan mereka adalah rahmat bagi kami. Ibu saya baik-baik saja. Dan berhenti menyerang mama kerana dia bukan perampas.”
Najwa dilihat telah memuat naik luahan perasaan itu menerusi akaun Instagramnnya untuk tatapan netizen.
Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa syukur kerana dilimpahi dengan kasih sayang daripada dua orang wanita yang baik.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, tidak menjadi kesalahan untuk berkongsi kasih sayang dengan seorang ibu tunggal yang banyak memberi semangat dan kasih sayang kepada bapa mereka.
Terdahulu, gempar apabila Ziela Jalil tampil mendedahkan status terkininya yang kini bergelar isteri kedua kepada seorang lelaki bergelar Datuk setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
Ziela Jalil sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada tahun 1991 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Dia juga mempunyai seorang anak angkat lelaki iaitu Ibrahim Junid Abdullah.