Malunya Lengan ‘Gelebeh’! Hanya 5 Cara Mudah Ini, Lengan Anda Boleh Dikecilkan

Trending

Malunya Lengan ‘Gelebeh’! Hanya 5 Cara Mudah Ini, Lengan Anda Boleh Dikecilkan

PureCryo-Fat-Freezing-Stubborn-Fat-Arm-Fat-PureGenexCuba tengok lengan korang tu, ada menggelebeh ke tak? Kalau lengan tu besar memang malu, lebih-lebih lagi dengan cik abang. Tak pasal-pasal dapat gelaran ‘akak sado’!

Tak semua wanita memiliki sepasang lengan yang kurus dan cantik, lebih-lebih lagi apabila usia dah meningkat. Malas nak bersenam la tuu..

Advertisement

Nak cantik, kena korbankan masa untuk bersenam. Jangan malas. Cuba 5 tips dan cara mudah ini untuk merealisaikan impian anda tu.

1. Angkat berat

Kalau nak lengan yang cantik, amalkan latihan angkat berat tiga kali seminggu. Beli jedumbbell dan lakukan dekat rumah je. Bukan mahal sangat pun dari habiskan duit untuk ke gim.

2. Jaga pemakanan

Makan sayur, buah-buahan, daging, kekacang, bijirin, makanan rendah karbohidrat dan berasaskan tenusu. Hasilnya memang awesome dan cepat, jika dibandingkan dengan‘diet lapar’ anda!

3. Minum air yang cukup

Air sangat penting untuk buang sisa toksik di dalam badan. Minum lapan gelas air sehari untuk mengekalkan tahap kesihatan dan kecantikan tubuh badan termasuklah di bahagian lengan.

4. Rajin-rajinlah bersenam

Aerobik adalah senaman paling berkesan untuk menggerakkan seluruh badan. Senamanwindmill atau kincir angin pula mampu memberikan bentuk lengan yang kurus.

5. Tekan tubi

Tekab tubi pun boleh kuruskan lengan anda. Gerakan tersebut mampu mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan. Lakukan dengan konsisten dan jangan hangat-hangat tahi ayam je!

Tunggu apa lagi? Jom mulakan!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.