Tergolong dari golongan yang kurang berkemampuan tidak bermaksud ia merupakan penghalang buat seseorang untuk berjaya dalam kehidupannya.
Kalau dilihat, ramai saja pelajar yang tergolong dalam kumpulan B40 berjaya mengubah nasib keluarga selepas melanjutkan pelajaran ke universiti.
Bagaimanapun, ada satu hantaran yang dibuat oleh seorang pemuda di Facebook tampil menegur sebilangan ibu bapa dalam golongan B40 yang mendaftar anak-anak mereka di kolej swasta hingga ‘memakan’ diri sendiri akibat hutang.
Di dalam hantaran itu, pemuda terbabit berkata pelajar-pelajar yang menghadapi masalah ini seakan sudah jatuh ditimpa tangga pula kerana mereka bukan saja perlu menanggung hutang, malah turut sukar untuk mendapat pekerjaan yang elok.
Dalam pada itu, dia menasihati pelajar-pelajar itu untuk berfikir sebaik mungkin sebelum mengikuti keputusan ibu bapa dan memberi cadangan memasuki Kolej Komuniti saja daripada masuk kolej swasta yang tidak mempunyai nama.
Meninjau di ruangan komen hantaran itu, rata-rata bersetuju dengan pendapat lelaki terbabit bahawa Kolej Komuniti merupakan platform yang paling terbaik buat golongan yang kurang berkemampuan kerana yurannya yang rendah dan ramai juga yang berjaya setelah memasukinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.