Sudah bertaubat dan sedang mendalami ilmu agama, pelakon Diana Amir memohon agar stesen televisyen tempatan tidak lagi menyiarkan filem ataupun drama lakonanya sewaktu dirinya belum menutup aurat.
Diana akur beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang tetapi beliau akui malu melihat penampilannya yang seksi sebelum ini. Diana sedar apa yang beliau lakukan dahulu adalah salah dan sedang cuba untuk melupakannya.
Secara jujurnya saya malu apabila melihat semula diri saya pada zaman yang saya cuba untuk lupakan. Ada juga peminat yang terkejut terutama peminat baharu jika terlihat lakonan-lakonan lama saya di televisyen namun saya tidak boleh berbuat apa-apa.
Diana mula berhijrah dan bertudung sejak tahun 2011 selepas bermimpi tentang hari kiamat. Harapnya permintaan Diana ini dapat dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan.