“Malu Lah Datuk Chef Wan Pada Chef Yang Lain..” – Didakwa Tak Bayar & Kurangkan Gaji Pekerja, Individu Tampil Bidas Cef Selebriti

Hiburan

“Malu Lah Datuk Chef Wan Pada Chef Yang Lain..” – Didakwa Tak Bayar & Kurangkan Gaji Pekerja, Individu Tampil Bidas Cef Selebriti

Tular baru-baru ini di aplikasi X tentang seorang individu yang mendakwa cef celebriti, Datuk Chef Wan tidak membayar dan mengurangkan gaji pekerjanya.

Bawah kadar gaji minimum

Menurut individu tersebut dalam kenyataan yang dimuat naik itu, dia mendakwa gaji kakitangan yang bekerja ini dikurangkan hingga bawah kadar gaji minimum yang ditetapkan iaitu RM1.5K.

Advertisement

Bayangkan perasaan mereka ini semua bila diberitahu gaji akan dikurangkan serta merta. Adakah Datuk Chef Wan ini sedar buat keputusan?

 

Staff yang bukan dalam kategori management semuanya disamakan tangga gaji menjadi RM1.5K sebulan. Manakala cef-cef kategori management, head, manager pula gaji dipotong sebanyak RM1K ke RM3k.

Nak duit bukan cuti!

Bukan itu sahaja, individu ini turut mendakwa bahawa mereka yang bekerja lebih masa tidak dibayar dan jam bekerja itu hanya boleh ditukar kepada cuti.

Kami ni bekerja nak duit, bukannya nak cuti.

 

Kerja di restoran memang akan ada OT (overtime). Nak prepare barang dapur, kemas meja, kerusi, pinggan, mangkuk semua. Alamak, malu lah Datuk Chef Wan pada cef yang lain.

Tambahnya, bila diajukan soalan kepada pengurusan sumber manusia, alasan yang diberi adalah kerana syarikat mereka itu tidak meraih untung.

Cef wan kanser limfoma
9 months ago

"Inilah Kehidupan.." - Chef Wan Umum Hidap Kanser Limfoma, Akan Mula Kemoterapi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...