Kematian seorang wanita yang dipercayai akibat buli siber di aplikasi TikTok mengejutkan ramai warganet. Kes itu kini hangat diperkatakan dan menjadi perbualan ramai netizen di media sosial di mana ramai yang bersimpati dengan pemegang akaun @sashikala1978 itu.
Menerusi Twitter, netizen yang bengang dengan tindakan si pembuli berkata mangsa hanya membuat konten tentang penjagaan beg mahal, tentang anak-anak dan dia juga sering memberi respon terhadap komen baik dan kecaman.
Seorang individu turut memuat naik beberapa screenshot video mangsa di TikTok dan mendedahkan contoh-contoh komen buruk yang diterimanya.
Harap satu hari orang yang suka tulis hate comments ni sedar, bukan lidah saja boleh membunuh tapi juga tulisan!”
Ni comment2 yang dia biasa dapat, aku harap one day orang yang suka tulis hate comment ni sedar la bukan lidah saja boleh membunuh, tapi begitu juga tulisan! pic.twitter.com/jmnEql3vkP
— Saya Jual Inai Celup ?? (@wanaaairish) August 8, 2022
Difahamkan, kebanyakan yang kecam dan memberi komen tidak elok terhadapnya hanya fake account dan tidak menggunakan gambar profil yang sebenarnya.
Rata-rata netizen di Twitter mengkritik pembuli wanita tersebut dan mengingatkan orang lain supaya berhati-hati ketika menulis komen di media sosial.
Terdahulu, media melaporkan seorang pemilik akaun TikTok dengan lebih 30,000 pengikut ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya oleh ahli keluarga.
Ketika dijumpai dia masih bernafas namun meninggal dunia ketika dalam perjalan ke hospital.
Mangsa berusia 44 tahun dan tinggal bersama suami serta anaknya di kediamana mereka di USJ 11, Subang Jaya.