Baru-baru ini, seorang pelancong berasal daripada negara India meluahkan rasa kagum apabila bercuti di Malaysia dan sempat membuat perbandingan dengan negara sendiri.
Pelancong India anggap Malaysia negara ‘sempurna’
Dapat dilihat melalui hantaran di Reddit, lelaki tersebut menulis tajuk ‘Baru pulang dari Kuala Lumpur dan saya berasa malu’, di mana dalam hantaran itu dia menceritakan pengalaman bercuti secara spontan di Malaysia mengubah sepenuhnya pandangan terhadap kesedaran sivik dan tadbir urus di India.
Difahamkan, pelancong tersebut mengubah plan di saat akhir dengan memilih bercuti di Malaysia berbanding Vietnam kerana hujan lebat di negara terbabit.
Dalam pada masa yang sama, dia turut dia meletak harapan yang tinggi sewaktu bercuti di Malaysia tetapi kunjungan itu ternyata membuatnya berasa kagum.
‘Tiada lubang di jalan, bersih, kesederan sivik tinggi..’
Kuala Lumpur kelihatan sangat terancang dan tersusun. Tiada lubang di jalan, tiada gambar atau kain rentang ahli politik, kebersihan di mana-mana, tahap kesedaran sivik yang tinggi, kualiti hidup yang hebat, udara bersih dan rakyat yang mesra.
Hal yang membuatkan dirinya berasa terkejut apabila Kuala Lumpur sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan bandar-bandar di India.
Kita terlalu sibuk bertelagah sesama sendiri tentang isu-isu remeh, dan kita rasa cukup gembira dengan kemenangan IPL atau T20, memuja selebriti, atau meraikan ahli politik kegemaran tanpa pernah mempersoalkan tanggungjawab mereka.
Walaupun negara itu memiliki sumber dan potensi, kebanyakan rakyat masih terpaksa bergelut untuk mendapatkan kemudahan asas.