Malique Ibrahim Beri Bayangan Bakal Hadir Konsert KRU, Peminat ‘Histeria’ – “Sudah Agak Lama, Jumpa Nanti”

Hiburan

Malique Ibrahim Beri Bayangan Bakal Hadir Konsert KRU, Peminat ‘Histeria’ – “Sudah Agak Lama, Jumpa Nanti”

Peminat setia genKRU bakal mengimbau nostalgia era keemasan muzik Malaysia apabila kumpulan legenda itu mengadakan konsert terakhir mereka, THE FINALE: ONE MORE TIME, di Stadium Hoki Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Menjelang detik bersejarah itu, penyanyi rap terkenal Malique Ibrahim atau nama sebenar Cairel Edrin Ibrahim turut meluahkan rasa teruja. Dalam perkongsian di Instagram, Malique memuat naik tiket konsert dengan kapsyen ringkas namun penuh makna.

Advertisement

Sudah lama tak jumpa. Jumpa anda Sabtu ini.

Hantaran itu kemudiannya mengundang ribuan komen daripada peminat yang sama-sama teruja menantikan kehadiran bintang muzik itu yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang tidak suka menunjuk diri di khalayak umum.

Deretan lagu-lagu ikonik seperti Go! KRU, Sayang, Diari Metropolitan, Untuk Mu, Remaja Selamanya dan One More Time bakal kembali berkumandang, menghidupkan memori indah peminat sejak era 90-an.

Bagi menambah semangat nostalgia, peminat digalakkan hadir dengan ‘dress code’ 90-an gaya PERFECT 10, meneruskan tradisi istimewa konsert genKRU sebelum ini.

Konsert ini dijangka menjadi malam penuh sejarah yang meninggalkan kenangan mendalam buat semua peminat, sekali gus menutup tirai perjalanan genKRU dengan penuh gemilang dan penghormatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

haniff hamzah
2025-11-19 09:15:48

"Saya Perlu Bayar Lima Angka.." - Haniff Hamzah Dedah Punca Dirinya Tidak Dibenarkan Keluar Dari Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...