“Malik Tu Milik Aku!!” – Hanya Kerana Bergambar Bersama, Wanita Cedera Dibelasah Peminat Obses Irfan Zaini

Hiburan

“Malik Tu Milik Aku!!” – Hanya Kerana Bergambar Bersama, Wanita Cedera Dibelasah Peminat Obses Irfan Zaini

Seorang peminat berdepan detik cemas apabila seorang wanita yang fanatik dan terlalu obses dengan watak Malik dalam filem Blood Brothers: Bara Naga memukulnya sehingga berdarah.

Kisah itu dikongsikan aktor itu sendiri, Irfan Zaini, 30, yang mendedahkan insiden tersebut berlaku ketika dia beraa di Kuching, Sarawak untuk mempromosikan filem terbabit.

Advertisement

Semenjak namanya melonjak naik selepas membintangi filem itu bersama barisan aktor berpengalaman, Irfan mula dikenali sehingga mempunyai peminat yang fanatik.

Baru-baru ini ada seorang peminat ambil gambar dengan saya. Tapi bila dia ke tandas, ada seorang perempuan ikut dan belasah dia sampai berdarah. Dia tak kenal pun individu yang pukul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ️️️️️ (@iam_irfun)

Tambah Irfan, mangsa kemudian ada menghantarnya foto menunjukkan keadaan wajahnya sebagai bukti dan aktor tersebut akui tergamam.

Paling mengejutkan, peminat tu beritahu penyerang sempat beri amaran ‘Malik tu milik aku!’.

Bila tengok gambar darah tu, saya terus hilang kata-kata. Saya cuma mampu pesan supaya dia jaga diri dan buat laporan polis.

pelakon filem Blood Brothers

Disebabkan itu, Irfan menitip pesan dan menasihati semua peminat yang menyukai bakatnya untuk tidak bertindak di luar kawalan kerana terlalu meminatinya.

Dia juga berpesan kepada peminat untuk tidak menyakiti individu lain jika benar mereka meminatinya dan tidak perlu menunjukkannya dengan keganasan.

Saya hargai semua. Tak bermakna siapa ambil gambar tu lebih penting daripada yang lain. Semua sama. Kalau boleh saya nak layan semua, tapi tak terdaya.

siti khadijah halim kekwat tak minat maaf pada peminat tunda acara
1 week ago

Tiba-Tiba Tunda 'Meet & Greet', Aktres Popular Kekwat Langsung Tak Minta Maaf Pada Peminat? - "Ramai Dah Beli Tiket Bas, Flight..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...