Malaysia Umum Tangguh Hantar Jemaah Bagi Musim Haji Tahun Ini

COVID-19

Malaysia Umum Tangguh Hantar Jemaah Bagi Musim Haji Tahun Ini

Kerajaan kini memutuskan untuk menangguhkan ibadah haji buat semua rakyat Malaysia bagi musim haji tahun ini, berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih melanda dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi sidang media hari ini, memberitahu penangguhan penghantaran bagi musim haji tahun ini mengambil kira keutamaan kesan kesihatan kepada penduduk negara.

Advertisement

Menurutnya, keputusan tersebut dilakukan setelah mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan telah pun menyerahkan surat penangguhan ibadah haji kepada Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi, Dr. Mohammed Saleh Taher Banten.

“Saya ingin mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia, musim haji 1441H ditangguhkan ke tahun depan.”

Dalam pada itu, ditanya para media mengenai jika terdapat penambahan kuota haji tahun depan berikutan penangguhan penghantaraan jemaah tahun ini, Zulkifli berkata, jumlah itu bergantung kepada perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi kelak, selepas musim haji tahun ini.

Beliau sebelum ini memaklumkan jumlah jangkitan COVID-19 melebihi 100,000 kes antara pertimbangan kerajaan Malaysia membenarkan jemaah ke Mekah atau sebaliknya.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...