Malaysia Tersenarai Ditangga Ke-39 Negara Dengan Loghat Terseksi Di Dunia!

Trending

Malaysia Tersenarai Ditangga Ke-39 Negara Dengan Loghat  Terseksi Di Dunia!

Daripada 7,000 bahasa yang terdapat diatas muka bumi ini, maka terhasilah pelbagai loghat atau aksen mengikut sesuatu tempat.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Big 7 Media, Bahasa Malaysia menduduki tempat ke-39 loghat bahasa paling seksi di dunia.

Advertisement

Menurut portal Independent UK, laman pelancongan Big 7 Media mengumumkan keputusan itu selepas menjalankan satu poll ke atas 8,500 orang dari 60 negara di seluruh dunia sepanjang bulan lalu.

Loghat bahasa Kiwi, New Zealand merupakan loghat bahasa yang paling seksi di dunia.

Di ikuti dengan Afrika Selatan di tangga kedua dan Irish berada di kedudukan ketiga.

Responden diminta untuk memilih 10 aksen pilihan dari senarai pendek 100 aksen yang diberikan dan 50 loghat  yang mendapat undian tertinggi dipaparkan.

Berikut merupakan senarai kedudukan 10 loghat bahasa terseksi di dunia:

  1. Kiwi (New Zealand)
  2. Afrika Selatan
  3. Irish
  4. Itali
  5. Australia
  6. Scotland
  7. Perancis
  8. Sepanyol
  9. Amerika Selatan
  10. Brazil

Mengikut ulasan portal tersebut, Bahasa Malaysia layak berada pada kedudukan tersebut disebabkan bahasa yang semakin moden seiring dengan pengaruh bahasa Amerika.

Bahasa Latvia yang agak mirip dengan bahasa Rusia pula berada di kedudukan ke-40 dan diikuti dengan loghat Geordie yang sinonim dengan penduduk Newcastle, Tyne di England.

Tempat pertama dinobatkan kepada negara New Zealand dengan loghat Kiwi. Walaupun Kiwi kedengaran seperti hampir sama dengan loghat Australia, namun menurut kajian tersebut loghat Kiwi kedengaran lebih menawan.

Kedudukan kedua pula diduduki oleh Afrika Selatan dengan keunikan ton suara dan slang Saffa.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...