Malaysia Tersenarai Antara 47 Buah Negara Berjaya Memerangi COVID-19

COVID-19

Malaysia Tersenarai Antara 47 Buah Negara Berjaya Memerangi COVID-19

Malaysia yang menjalankan pelaksanaan beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu bagi membendung penularan COVID-19 hari ini dilihat hampir berjaya menangani virus itu.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menjangkakan, negara ini akan bebas sepenuhnya COVID-19 menjelang 14 Julai nanti.

Advertisement

Baca :COVID-19 Di Malaysia Di Jangka Berakhir Pada 14 Julai Jika Rakyat Terus Patuh SOP

Sebuah laman web Endcoronavirus.org yang dikendalikan oleh American New England Complex Systems Institute (NECSI) melaporkan Malaysia kini tersenarai sebagai salah sebuah daripada 47 negara yang sedang berjaya memenangi peperangan melawan COVID-19.

Selain Malaysia, tiga lagi negara jiran iaitu Thailand, Kemboja dan Vietnam turut tersenarai. Bagaimanapun, beberapa lagi negara jiran lain seperti Indonesia, Singapura dan Filipina masih mempunyai kes jangkitan baharu yang tinggi.

Laman Facebook Public Health Malaysia, yang turut mengemas kini perkembangan terbaharu itu, mengingatkan orang ramai agar terus mengamalkan penjarakan sosial dan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Usaha ini pasti akan membuahkan hasil sekiranya semua pihak terus memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalan aktiviti harian.

Sumber (1) (2) 

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...