Malaysia Terima 208 Kes Baru Hari Ini, Lima Kematian Dicatatkan Dalam Masa 24 Jam

COVID-19

Malaysia Terima 208 Kes Baru Hari Ini, Lima Kematian Dicatatkan Dalam Masa 24 Jam

Hari ini masuk hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi fasa kedua berlaku. Berdasarkan maklumat terkini yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi, lima kematian baru dilaporkan dalam masa 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah 50 kes.

Manakala jumlah keseluruhan bagi kes jangkitan COVID-19 pula ialah 3,116 kes dengan penambahan kes baru hari ini sebanyak 208 kes. Sebanyak 105 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 54 daripadanya memerlukan bantuan alatan pernafasan. Namun berita menggembirakan ialah jumlah pesakit yang sembuh juga menampakkan perubahan yang baik.

Advertisement

Seramai 122 pesakit telah sembuh sepenuhnya menjadikan keseluruhan yang sembuh ialah 767 kes.

covid-19

covid-19

Persoalan sama ada fasa kedua akan dilanjutkan atau tidak bergantung kepada perkembangan semasa yang akan ditentukan pada hari ke-10 tempoh PKP. Menurut KKM, walaupun ada tanda awal pemulihan namun masih awal untuk membuat kesimpulan. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus mengikuti arahan PKP di dalam tempoh yang sangat penting ini.

KKM turut memaklumkan tentang penggunaan ‘test kit’ yang diperolehi daripada Korea Selatan. Hasil ujian terhadap ‘rapid test kit’ tersebut mendapati kadar ketepatan hanya 56%. Disebabkan itu, KKM akan mendapatkan ‘rapid test kit’ lain yang mampu berikan kadar ketepatan antara 75% hingga 80%.

Sebelum ini, beberapa negara seperti Sepanyol juga mempunyai masalah dengan ‘test kit’ daripada China yang dikatakan bermasalah dan tidak efektif. Ianya kemudian memberikan masalah peningkatan kes kerana tidak mampu mengesan virus pada pesakit.

Artikel berkaitan: Sepanyol Pulangkan ‘Test Kit’ Bermasalah Dari China Yang Membuatkan Angka Kematian Semakin Meningkat

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...