Malaysia Tawarkan Pengecualian Visa Buat Pelancong China Dan India Bermula 1 Januari

Trending

Malaysia Tawarkan Pengecualian Visa Buat Pelancong China Dan India Bermula 1 Januari

Bermula 1 Januari depan, pelancong dari China dan India diberikan pengecualian ataupun kebenaran untuk memasuki Malaysia tanpa memerlukan visa.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menandatangani pewartaan tersebut pada 26 Disember lalu dan disiarkan menerusi laman sesawang Jabatan Peguam Negara.

Advertisement

Pengecualian visa itu mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020 dan tertakluk di bawah Subseksyen 2(1) Akta pasport 1966.

Bagaimanapun, pelancong dari kedua-dua negara tersebut harus mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan.

Syarat

  • Pelancong dari negara terbabit perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu melalui sistem elektronik dan sistem maklumat secara individu ataupun melalui agensi pelancongan dan melakukan perjalanan dalam tempoh tiga bulan selepas mendaftar.

 

  • Tempoh masa lawatan yang dibenarkan terhad kepada 15 hari sahaja dan tidak boleh dilanjutkan.

 

  • Pelancong berkenaan hendaklah memasuki dan keluar dari Malaysia hanya melalui lapangan terbang yang dibenarkan atau pos kawalan imigresen yang sudah ditetapkan.

pelancong china india dikecualikan visa

  • Tidak dibenarkan untuk memohon apa-apa pas lain di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

 

  • Mesti mempunyai tiket penerbangan perjalanan balik terus ke Republik Rakyat China dan India atau tiket penerbangan perjalanan ke mana-mana negara lain jika melakukan perjalanan melalui udara.

 

  • Sebaik tiba sahaja di Malaysia, mereka juga harus mengemukan bukti wang saku, kad kredit atau kad bank yang mencukupi serta mengemukan jadual perjalanan mereka di Malaysia.

Pelancong dibenarkan mendaftar semula untuk memasuki Malaysia selepas tempoh 45 hari daripada tarikh meninggalkan Malaysia.  Ia bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan kemudahan pengecualian visa.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...