Malaysia Tarik Diri Sertai Miss Universe 2021

Hiburan

Malaysia Tarik Diri Sertai Miss Universe 2021

Setiap tahun Malaysia pastinya akan menghantar wakil negara untuk ke pertandingan Miss Universe yang dianjurkan negara luar. Tetapi tahun ini Malaysia nampaknya tidak akan menghantar sebarang wakil untuk merebut gelaran ratu cantik.

6 years ago

Gaun Nasi Lemak Untuk Pertandingan Miss Malaysia Universe Hangat Diperkatakan Netizen

Advertisement

Berdasarkan kenyataan organisasi ratu cantik Malaysia (MUMO), mereka mengesahkan perkara itu tahun ini kerana pertandingan ratu cantik akan diadakan di Eilat, Israel.

Akan tetapi, MUMO menyatakan pembatalan menghantar wakil ratu cantik ini bukanlah kerana ia diadakan di Israel, tetapi kerana mengambil kira faktor penularan Covid-19 yang membimbangkan. Apatah lagi pada waktu ini negara kita turut mengehadkan sebarang aktiviti keluar dan masuk negara.

Kami telah sedia maklum bahawa Organisasi Miss Universe memutuskan untuk mengadakan pertandingan tersebut di Eilat, Israel pada Disember 2021. Perjalanan keluar masuk negara juga dihadkan. Kami akan kembali menyertai ratu cantik pada tahun akan datang.

miss universe

Untuk pengetahuan korang, penganjuran ratu cantik ke-70 di Israel sebelum ini memang mendapat tentangan. Ramai yang membantah dan tidak mahu terlibat dengan kekejaman rejim zionis di Palestin. Disebabkan itu juga wujud tanda pagar #BoycottMissUniverse2021

 

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...