Malaysia & Singapura Meterai MOU Keretapi Laju, Laksana Projek Rel Kuala Lumpur-Singapura (HSR)

Teknologi

Malaysia & Singapura Meterai MOU Keretapi Laju, Laksana Projek Rel Kuala Lumpur-Singapura (HSR)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia dan Singapura memutuskan mengambil langkah seterusnya dalam projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dengan menandatangani Memorandum Persefahaman bagi projek itu di Putrajaya.

Advertisement

Acara itu akan diadakan bersempena dengan lawatan kerja sehari Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ke Malaysia hari ini.

“Sebaik sahaja siap, rakyat Malaysia boleh menikmati ‘nasi lemak’ di Kuala Lumpur, dan kemudiannya menjamu selera dengan ‘ketam cili’ di Singapura dan kembali semula untuk makan malam dengan ‘rendang’ bersama-sama keluarga,” kata Najib dalam catatan terbaru di blog beliau www.najibrazak.com.

Beliau berkata kemudahan hubungan secara keseluruhan “dan secara spesifiknya pengangkutan awam amat dekat di hati saya”.

Channel NewsAsia melaporkan, HSR itu merupakan projek bilateral utama bagi kedua-dua negara. Lee dan Najib akan menyaksikan upacara menandatangani MoU itu.

“Komitmen kedua-dua kerajaan terhadap projek ini mencerminkan hubungan bilateral kita yang kukuh dan usaha berterusan untuk meningkatkan hubungan,” kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura disebut sebagai berkata.

“Bila siap, HSR itu akan memperkukuhkan lagi kesalinghubungan, ikatan ekonomi dan merapatkan lagi hubungan rakyat dengan rakyat.

“Upacara menandatnagani MoU itu merupakan kemajuan signifikan dan bukti kerjasama dua hala yang rapat.”

Portal berita itu melaporkan MoU akan ditandatangani oleh Menteri Penyelaras bagi Insfrastuktur dan Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Lee akan diiringi isterinya. Delegasi termasuk Menteri Luar Vivian Balakrishnan dan pegawai dari PMO, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar, Kementerian Komunikasi dan Informasi, Lembaga Pengangkutan Darat dan Jabatan Peguam Negara.

Sebelum itu, Lee dan delegasi akan diraikan Najib pada jamuan tengah hari. Kedua-dua perdana menteri dijadual mengadakan sidang akhbar bersama selepas upacara menandatangani MoU.

Laporan itu menyatakan HSR pertama kali diumumkan pada Februari 2013 oleh Lee dan Najib pada satu permukiman pemimpin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...