Malaysia Sertai WHO Dalam “Kaji Selidik Solidariti” Bagi Mencari Ubat Rawatan COVID-19

COVID-19

Malaysia Sertai WHO Dalam “Kaji Selidik Solidariti” Bagi Mencari Ubat Rawatan COVID-19

Malaysia dilaporkan akan menjadi salah satu negara yang akan menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam usaha menguji beberapa ubat bagi merawat penyakit berjangkit yang menimpa dunia kini iaitu COVID-19.

Baca: PDRM Sahkan 40,000 Rantaian Individu Mungkin Positif COVID-19 Dikesan Daripada Ijtimak Tabligh

Advertisement

Penyertaan ini adalah untuk membuat penilaian keselamatan dan keberkesanan empat protokol rawatan iaitu menggunakan kombinasi ubat Remdesivir, Lopinavir / Ritonavir, Interferon beta, Chloroquine dan Hydroxychloroquine.

Difahamkan, rawatan yang akan dikaji telah diselaraskan oleh WHO di seluruh dunia bagi mengumpul data yang boleh dipercayai dalam pencarian ubat penyakit tersebut.

Kaji selidik ubat untuk merawat pesakit COVID-19 akan bermula tidak lama lagi

Gambar Hiasan

Difahamkan, sebanyak sembilan buah hospital yang akan terlibat dalam usaha tersebut iaitu Hospital Tuanku Fauziah (Perlis), Hospital Sultanah Bahiyah (Kedah), Hospital Pulau Pinang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Melaka, Hospital Tengku Ampuan Afzan (Pahang), Hospital Umum Sarawak dan Hospital Queen Elizabeth (Sabah).

Kaji selidik ini akan diketuai oleh 16 orang Pakar Perunding Penyakit Berjangkit serta akan dibantu oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM dan Clinical Research Malaysia (CRM) bagi melancarkan uji kaji tersebut.

Inilah peluang kita, sebagai sebuah komuniti global untuk menentang gelombang pandemik ini.

Malaysia akan menjadi rakan kongsi yang penting dalam kaji selidik ini untuk menilai rawatan yang berpotensi yang lebih berkesan dan menyelamatkan nyawa dalam pertempuran global untuk melawan virus ini.

Dr Noor Hisham pada masa itu telah memberi jaminan bahawa kaji selidik tersebut akan mematuhi semua piawaian keselamatan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...