Malaysia Salah Sebuah Negara Tinjauan Apple Berpindah Operasi Dari China

Teknologi

Malaysia Salah Sebuah Negara Tinjauan Apple Berpindah Operasi Dari China

Malaysia adalah antara negara yang kini dipertimbangkan oleh Apple Inc dalam usaha ‘memindahkan’ 15-30% daripada kapasiti pengeluarannya dari China.

Keputusan ini adalah disebabkan perang perdagangan yang sedang berlaku antara China dan Amerika Syarikat. Perang perdagangan ini  dijangka meningkat pada akhir bulan ini dengan pengenalan tarif sebanyak 25 peratus pada peranti Apple termasuk telefon, komputer riba, dan tablet.

Advertisement

Walaupun Presiden Amerika Trump telah berulang kali memberi kenyataan bahawa Apple akan berpindah dari China ke Amerika, namun pengeluaran produk ataupun peranti jenama Apple bakal berpindah ke Asia Tenggara.

Negara-negara yang termasuk dalam pilihan pengeluaran luar adalah seperti Mexico, India, Indonesia dan Malaysia.

Apple sebelum ini telah menghasilkan model iPhone kos rendah di India, dan pada tahun lepas dilaporkan mempertimbangkan untuk memindahkan pengeluaran model yang lebih premium ke negara itu untuk mengelakkan tarif pada telefon pintar yang diimport.

Peralihan pengeluaran dari China ini akan menjadi proses yang agak rumit.

China memiliki tenaga kerja yang besar dengan kemahiran pekerja mahir, malah infrastrukturnya yang lebih kukuh dari segi tenaga pekerja.

Proses peralihan pengeluaran dari China dijangka akan mengambil masa selama sekurang-kurangnya 18 bulan.

Kini, dianggarkan bahawa terdapat kira-kira lima juta pekerjaan di China yang bergantung kepada pembuatan peranti Apple. Mereka masih tidak lagi mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai jumlah kehilangan pekerjaan jika pemindahan tersebut selesai.

Kira-kira 15-30% kapasiti pengeluaran bakal terjejas dengan pemindahan ini.

Sumber: THEVERGE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...