“Malaysia Pusat Judi Bola Sepak Di Asia Tenggara” -Bekas Ketua Keselamatan FIFA

Trending

“Malaysia Pusat Judi Bola Sepak Di Asia Tenggara” -Bekas Ketua Keselamatan FIFA

Malaysia kini telah mengambil alih Singapura sebagai pusat mengatur pertandingan sukan di Asia Tenggara selepas beberapa tindakan keras republik itu membanteras amalan sedemikian, sebuah persidangan antarabangsa diberitahu semalam.

Advertisement

“Malaysia merupakan pusat kegiatan itu di Asia Tenggara,” kata Chris Eaton, pakar industri sukan yang juga bekas ketua keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Katanya, Singapura berjaya menghapuskan beberapa sindiket mengatur perlawanan, tetapi masih ada yang mengadakan “kerjasama rapat” dengan sindiket di Malaysia.

Eaton berucap pada forum di Singapura mengenai amalan mengatur perlawanan, anjuran Global Lottery Monitoring System (GLMS), yang ditubuhkan 27 syarikat loteri bagi memantau kegiatan itu di seluruh dunia.

Langkah Singapura membanteras kegiatan itu membawa kepada penangkapan ahli perniagaan Dan Tan pada 2013.

Bekas pengarah Interpol, Ronald Noble menyifatkan rangkaian Tan yang berpusat di Singapura itu sebagai sindiket atur perlawanan paling besar dan agresif di dunia, dengan cawangan “di setiap benua”.

Sementara itu, Christian Kalb, pengarah firma penasihat CK Consulting yang turut berucap pada forum semalam berkata perjudian haram kini bernilai lebih €500 bilion (RM2,336 bilion).

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...