“Malaysia Pun Pernah Kena!” – Hampir ‘Bergaduh’, Pemain Jepun Tak Puas Hati Pengadil Berat Sebelah?

Berita

“Malaysia Pun Pernah Kena!” – Hampir ‘Bergaduh’, Pemain Jepun Tak Puas Hati Pengadil Berat Sebelah?

Diketahui umum, ketika ini sedang berlangsungnya acara sukan badminton All England di Utillita Arena Birmingham.

Sememangnya ketika acara ini berlangsung, ramai penyokong memberi sokongan sepenuhnya buat atlet yang terlibat serta mengambil tahu perkembangan tentang acara terbabit.

Advertisement

Seperti seorang individu di Twitter ini, biarpun pasukan tersebut bukan dari negaranya, namun dia tetap berasa simpati apabila melihat reaksi dua orang pemain dari Jepun ketika berlawan dengan pasukan wakil dari England, semalam.

Melihat pada video yang dimuat naik olehnya, kelihatan pemain dari Jepun tidak berpuas hati dengan cara pengiraan mata dari pengadil yang dianggap berat sebelah.

Difahamkan, kutipan mata permainan ketika itu diberi kepada pihak Jepun tetapi tidak diendahkan oleh pengadil kerana masa ketika itu sudah tamat dan hal tersebut hampir cetuskan ‘pertelingkahan’.

komen twitter

Enggan memperbesarkan situasi yang telah berlaku, pemain badminton dari Jepun akur dengan keputusan pengadil tetapi jelas kelihatan, cara pandangan salah seorang pemain Jepun terhadap pengadil tidak puas hati.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat ini bukan kali pertama berlaku, malah situasi yang sama juga pernah terjadi pada pemain Malaysia dan sememangnya dianggap tidak adil.

Sepupu sajat nak saman harith iskandar
2 years ago

Anggap Temu Bual Berat Sebelah, Banyak Putar Belit Cerita, Sepupu Sajat Nak Saman Harith Iskander

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...