Diketahui umum, ketika ini sedang berlangsungnya acara sukan badminton All England di Utillita Arena Birmingham.
Sememangnya ketika acara ini berlangsung, ramai penyokong memberi sokongan sepenuhnya buat atlet yang terlibat serta mengambil tahu perkembangan tentang acara terbabit.
Seperti seorang individu di Twitter ini, biarpun pasukan tersebut bukan dari negaranya, namun dia tetap berasa simpati apabila melihat reaksi dua orang pemain dari Jepun ketika berlawan dengan pasukan wakil dari England, semalam.
it happens again !! racist umpire towards asian. the shuttle was clearly in and the japanese quickly asked for the challenge but the umpire said it was too late #AllEngland2022 pic.twitter.com/OY7LDrvG9y
— enhypen best boys ???? (@rahsia66565034) March 17, 2022
Melihat pada video yang dimuat naik olehnya, kelihatan pemain dari Jepun tidak berpuas hati dengan cara pengiraan mata dari pengadil yang dianggap berat sebelah.
Difahamkan, kutipan mata permainan ketika itu diberi kepada pihak Jepun tetapi tidak diendahkan oleh pengadil kerana masa ketika itu sudah tamat dan hal tersebut hampir cetuskan ‘pertelingkahan’.
Enggan memperbesarkan situasi yang telah berlaku, pemain badminton dari Jepun akur dengan keputusan pengadil tetapi jelas kelihatan, cara pandangan salah seorang pemain Jepun terhadap pengadil tidak puas hati.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat ini bukan kali pertama berlaku, malah situasi yang sama juga pernah terjadi pada pemain Malaysia dan sememangnya dianggap tidak adil.