Malaysia Perlu Dapatkan 28 Hari Tanpa Kes Baru Untuk Diisytiharkan Bebas COVID-19

COVID-19

Malaysia Perlu Dapatkan 28 Hari Tanpa Kes Baru Untuk Diisytiharkan Bebas COVID-19

Untuk mengisytiharkan sesebuah negara itu bebas daripada pandemik COVID-19 bukanlah sesuatu yang mudah. Ditambah pula dengan faktor ketiadaan vaksin buat masa ini memberikan tiada jaminan kes jangkitan bakal lenyap selama-lamanya.

New Zealand sebelum ini menjadi negara pertama yang diisytiharkan bebas daripada COVID-19 dan menamatkan perintah berkurung. Negara itu sebelum ini merekodkan 1,154 kes positif dan 22 kematian semenjak kes pertama dicatatkan.

Advertisement

Baca: Tiada Lagi Kes Aktif COVID-19, New Zealand Kini Tamatkan Perintah Berkurung

Bagi membolehkan Malaysia mengikut jejak langkah New Zealand, kita perlu mendapatkan 28 hari tanpa sebarang kes baru COVID-19 dalam negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memberitahu tempoh 28 hari itu merupakan dua kitaran inkubasi.

28 hari tanpa kes baru

Tempoh tersebut adalah penanda aras yang diguna pakai bagi memantau dan mengawasi situasi sebelum mengisytiharkan negara benar-benar bebas daripada jangkitan itu. Sebagai contoh, bagi menamatkan sebuah kluster ia memakan masa 28 hari pemantauan dan pengawasan iaitu dua kitaran inkubasi.

“Maksudnya jika kita catat sifar kes baharu untuk tempoh 28 hari, baru kita boleh isytiharkan bebas daripada COVID-19. Itu yang kita pakai sebagai tanda aras.”

Tetapi ada juga netizen yang berasa bimbang sekiranya Malaysia mengisytiharkan bebas terlalu awal dan boleh membawa kes jangkitan semula. Ditambah pula, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan lebih banyak kelonggaran diberikan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menjelaskan Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan surat yang mengisytiharkan individu yang sedang menjalani kuarantin di rumah bebas daripada jangkitan itu hanya selepas menjalani ujian saringan kedua dan disahkan negatif COVID-19

“Kita akan menjalankan saringan ulangan pada hari ke-13 mereka dikuarantin. Konsepnya sama sahaja, sama ada dikuarantin di rumah atau pusat kuarantin sebelum ini”, katanya dalam sidang media semalam.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...