Sedia maklum, semalam, tular isu mengenai pakaian patuh syariah yang dikeluarkan oleh isteri aktor, Syukri Yahaya iaitu Tya Adnan dikecam sesetengah netizen, di mana mereka mengatakan ia mendatangkan bahaya apabila bersukan.
Individu pertahankan pakaian sukan patuh syariah Tya Adnan
Susulan isu tersebut tular di platform Threads, terdapat seorang individu tampil bersuara dengan mempertahankan Tya.
Individu itu berkata di luar negara, pemakaian sukan menutup aurat dipandang tinggi dan sangat berbeza dengan pandangan netizen di Malaysia.
Kat luar negara pakaian macam ni utk niqabis dah lama ada! Tya Adnan yg baru nak perkenalkan pemakaian macam ni kat Malaysia dah kena kecam.
Rakyat Malaysia terlalu ‘toxic’
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu berkenaan dan merasakan orang luar negara lebih menyokong jika seseorang wanita menutup aurat dengan sempurna, berbanding rakyat Malaysia yang sering mencari salah.