Malaysia Salah Satu Negara Asia Komersial Teknologi 5G

Trending

Malaysia Salah Satu Negara Asia Komersial Teknologi 5G

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan berkata, Pameran teknologi mudah alih (5G) akan diadakan pada 18 April untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat dan menikmati secara langsung manfaat daripada teknologi tersebut dan kesan positif terhadap kehidupan mereka.

Advertisement

SKMM berkata, pameran 5G itu akan diadakan di Putrajaya sempena sambutan ulang tahun ke-20 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, dan dijangka Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada majlis tersebut.

Sementara itu, pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak dalam kenyataan sama, berkata pihaknya sangat berbesar hati diberi peluang untuk meneraju pengenalan 5G di negara ini.

Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak berkata:

  5G bukan sekadar kelajuan data lebih tinggi dan keupayaan jaringan lebih meluas, malah ia turut menghubungkan berjuta-juta peranti,   membina perkhidmatan baharu dan menyokong penggunaan aplikasi secara lebih meluas yang dapat memberi kesan positif kepada operasi perniagaan dan kerajaan serta aktiviti seharian pengguna.

Pameran ini bertujuan memberi satu gambaran mengenai apakah bakal menanti pada masa hadapan dan penerimaan rakyat. Oleh itu, sukacita saya maklumkan Malaysia merupakan salah satu negara di Asia yang menerajui teknologi mudah alih generasi kelima ini.

Al-Ishsal berkata 5G juga selari dengan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) kerajaan untuk menyediakan rakyat dengan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik.

Pada 4 Mac lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata Cyberjaya dan Putrajaya akan menjadi bandar pintar pertama di Malaysia yang menerima kemudahan teknologi 5G apabila ujian awal rangkaian perkhidmatan itu bermula pada April ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...