Malaysia, Negara Asia Tenggara Pertama Mempunyai Peta ‘Waze’ Terowong Bawah Tanah

Trending

Malaysia, Negara Asia Tenggara Pertama Mempunyai Peta ‘Waze’ Terowong Bawah Tanah

Waze, aplikasi peta sumber manusia yang popular telah mengumumkan sebuah inisiatif baru yang inovatif di Malaysia. Pelan ini merupakan perkongsian bersama dengan Tun Razak Exchange (TRX) Kuala Lumpur untuk memperkenalkan alat yang dipasang di jalan bawah tanah laluan tersebut.

Inisiatif ini diperkenalkan bagi membantu pemandu di ibu negara untuk bergerak lebih mudah dan selamat. Alat yang digunakan ialah Waze Beacons atau bluetooth yang akan dipasang di bawah jalan TRX yang menghubungkan tempat letak kereta di dalam kawasan pembangunan itu.

Advertisement

Beacon ini ialah pemancar yang beroperasi menggunakan bateri namun menggunakan pemancar tenaga yang rendah dan dipasang pada dinding terowong. Kemudian, isyarat tanpa wayar yang dihantar boleh diterima oleh peranti mudah alih yang menyokong penggunaan bluetooth. Lebih menarik, Beacon tidak hanya menyokong Waze, aplikasi navigasi yang lain seperti peta Google juga mendapat manfaat daripada teknologi ini.

Secara ringkasnya, pemandu bas di bawah tanah TRX juga akan dapat menikmati perkhidmatan lokasi yang lebih baik dengan penglihatan masa trafik yang lebih nyata dengan pelaksanaan sistem baru. Sekali gus, Malaysia muncul sebagai negara pertama Asia Tenggara yang menggunakan Waze Beacons.

Azmar Talib iaitu Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd turut meluahkan rasa gembira kerana dapat berkolaborasi untuk perkara yang baik ini.

Kami sangat gembira untuk bekerjasama dengan Waze, menjadi yang pertama di Asia Tenggara meletakkan Waze Beacon untuk ujian. Jalan-jalan bawah tanah kami merupakan landasan ujian yang sesuai kerana mereka membawa keluar ke jalan utama, dan kami berharap untuk meningkatkan tahap perkhidmatan TRX.

Tambah Ketua Waze Malaysia iaitu Kelvin Sim pula, peranti bluetooth ini akan berfungsi membantu aplikasi tersebut memancarkan isyarat yang membantu pemandu mengelak masalah kehilangan isyarat umum ketika melalui terowong bawah tanah.

Perkara ini dapat membantu mengurangkan perasaan ragu-ragu dan kekeliruan terhadap pemandu dan boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan-jalan raya yang terdapat di Malaysia.

Dengan mengambil tindakan yang dapat merealisasikan perancangan ini, Beacons dipasang di Basements 2 dan 3 TRX, yang mempunyai 21 titik mata yang membawa kepada ruang tempat letak kereta dan jalan yang bersambung. Walaupun begitu, kita boleh mengharapkan untuk melihat inisiatif ini diperluaskan lagi di seluruh Kuala Lumpur.

Makin senanglah rakyat Malaysia nak lalu lorong bawah tanah lepas ini!

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...