Malaysia Naik Empat Anak Tangga Ranking FIFA Dan TMJ Mahu Cari Jurulatih Yang Serious

Trending

Malaysia Naik Empat Anak Tangga Ranking FIFA Dan TMJ Mahu Cari Jurulatih Yang Serious

Malaysia menaiki empat anak tangga untuk menduduki tempat ke-157 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Advertisement

Dengan memperoleh 64.6 mata selepas seri tanpa jaringan dengan Filipina dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Kelas A di Manila tempoh hari. Malaysia berjaya mengumpul 146 mata untuk naik empat anak tangga ke 161 dalam ranking

Malaysia kini setanding dengan negara-negara seperti Sudan dan Selatan Sudan yang berkongsi di kedudukan ke-154, Papua New Guinea (156), Moldova (158), Singapura (159) dan Mauritius (160).

Kali terakhir Malaysia di ranking 161 adalah pada Januari lepas sebelum jatuh ke 162 pada Februari.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memutuskan untuk mencari individu lain yang serious mengepalai skuad Harimau Malaya selepas sukar untuk mencapai kata sepakat dengan Mario Gomez.

“Saya dimaklumkan bahawa Mario Gomez menafikan beliau meminta gaji yang tinggi. Kami (FAM) menawarkan AS$25,000 kepada beliau tetapi beliau meminta AS$45,000. Adakah itu bukan beliau meminta lebih daripada apa yang kami tawarkan?

“Tidak mengapalah. Kami akan cari individu lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih Malaysia,”

Pada pertemuan bersama ketua pengarang dan editor sukan media tempatan pada Selasa lepas, TMJ mendedahkan bahawa Gomez meminta bayaran lebih tinggi daripada yang diperoleh ketika membimbing JDT.

TMJ berkata pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan Gomez, memandangkan masalah kewangan yang dihadapi oleh FAM pada ketika ini yang kekurangan dana sebanyak RM40 juta.

Selepas itu, media melaporkan bahawa Gomez menafikan beliau meletakkan harga tinggi untuk menjadi jurulatih Harimau Malaya serta menafikan menamakan jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe sebagai penolong beliau.

Siapa yang betul siapa yang kelentong?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...