Malaysia Mungkin Negara Pertama Bakal Gunakan Ganja Dalam Perubatan

Trending

Malaysia Mungkin Negara Pertama Bakal Gunakan Ganja Dalam Perubatan

Bulan lalu, tular berita tentang seorang lelaki atau lebih dikenali sebagai Dr. Ganja dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas ditahan memiliki 3.1 liter minyak ganja, 279 gram ganja mampat dan 1.4kg bahan mengandungi tetrahydrocan nabinol (THC).

Advertisement

Kes itu menjadi tular kerana Lukman memberikan rawatan alternatif itu kepada tidak kurang daripada 800 pesakit.

Malah, pihak yang pernah mendapatkan khidmatnya tampil membelanya di mahkamah.

Rasa tidak puas hati orang ramai terhadap hukuman tersebut mendorong Malaysia untuk memulakan perbincangan ‘menghalalkan’ ganja untuk kegunaan perubatan.

Sumber:CNN

Sekaligus ingin menjadikan Malaysia negara Asia yang pertama melakukannya.

Sumber:Webmd

Kabinet secara ringkas membincangkan nilai perubatan ganja dan telah memulakan perbincangan awal dan tidak rasmi mengenainya.

Buat masa ini, tumpuan adalah untuk membatalkan hukuman mati yang diberikan pada bulan lalu kepada seorang lelaki yang disabitkan dengan memiliki, memproses dan mengedar ‘minyak ganja’.

Kanada telah mendahului dalam membangunkan sektor  perubatan, dengan mencipta industri ganja bernilai lebih daripada US $60 bilion.

Sumber:livescience

Cabaran Malaysia sekarang adalah mencipta undang-undang berasingan untuk kes pengedaran dadah bagi tujuan perubatan dan jenayah salah guna dadah.

Hukuman mati bukan penyelesaian untuk semua kesalahan berkaitan dadah.

Sama-sama kita tunggu keputusannya nanti dan nantikan perbincangan rasmi mengenai perkara ini pada masa akan datang.

Sumber: Businesstimes

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...