Terkini, Malaysia telah memutuskan untuk menghalang kemasukan semua pemegang pas jangka panjang dari Filipina, Indonesia dan India berikutan peningkatan kes yang mendadak di 3 negara tersebut.
Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkuatkuasa 7 September ini, semua kemasukan warganegara dari 3 negara tersebut akan disekat sehingga wabak COVID-19 makin pulih di negara mereka.
Setelah mendapat nasihat dari KKM, kerajaan telah membuat keputusan untuk menghalang kemasukan warganegara dari 3 negara tersebut sehingga wabak COVID-19 berjaya dibendung – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Apabila ditanya pada sidang media, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia yang pulang dari 3 negara tersebut akan dibenarkan masuk tetapi harus mengikut segala SOP yang ditetapkan oleh KKM.