Malaysia Menggunakan Gelang Digital Sebagai Alat Pengesan Untuk Individu ‘Self Quarantine’ Di Rumah

Teknologi

Malaysia Menggunakan Gelang Digital Sebagai Alat Pengesan Untuk Individu ‘Self Quarantine’ Di Rumah

Kita sering berasa kagum dengan teknologi yang ditayangkan di dalam filem barat. Macam-macam peranti terkini yang dicipta dan digunakan di negara luar untuk memudahkan pelbagai urusan mereka. Jangan sampai terlalu mengagungkan negara luar hingga tidak berasa bangga dengan negara sendiri. Di Malaysia juga terdapat teknologi canggih berkaitan alat pengesan digital yang direka dalam bentuk gelang digital.

Sarawak telah menggunakan gelang digital ini untuk individu yang perlu dikuarantin di rumah. Penumpang pesawat yang mendarat di Sarawak akan diberikan kit yang mengandungi gelang serta manual arahan.  Arahan terbaru yang dikeluarkan mengenai proses kuarantin dinyatakan di dalam Health Alert Card.

Advertisement

gelang digital

Kerajaan Negeri Sarawak dengan kerjasama Sarawak Multimedia Authority telah mencipta inisiatif ini dan memperkenalkan Digital Tracking. Gelang ini berfungsi untuk mengawal pergerakan individu yang perlu menjalani kuarantin sendiri di rumah.  Ini untuk mengelakkan individu yang mempunyai risiko tinggi untuk mempunyai jangkitan virus COVID-19.

Fungsi gelang digital

gelang digital

Antara syarat yang perlu dipatuhi oleh individu yang perlu kuarantin sendiri di rumah ialah:

  1. Individu tersebut tidak boleh menanggalkan tag sehingga tempoh kuarantin tamat.
  2. Terdapat bar code yang berbeza di setiap tag tersebut, individu kuarantin perlu memuat turun aplikasi pengesan bar code dan sentiasa mengemaskini lokasi semasa mereka.
  3. Peranti GPS perlu diaktifkan semasa log masuk ke aplikasi pengesan bar code.
  4. Individu kuarantin sendiri di rumah wajib melaporkan status lokasi masing-masing setiap jam 8 pagi dan 8 malam. (selama tempoh 14 hari)
  5. Manual arahan yang diberikan turut menyatakan hukuman dan denda sekiranya individu tersebut melanggar arahan kuarantin.
  6. Setelah taman tempoh kuarantin di rumah, tag hanya boleh dicabut di Pusat Saringan. Penyerahan tag yang telah ditanggalkan menandakan individu tersebut bebas daripada tempoh kuarantin.

arahan gelang digital

2 kategori gelang digital

Sebagai tambahan, gelang digital ini hadir dalam dua kategori yang berbeza, kuarantin di rumah dan kuarantin di hospital. Terutama individu yang perlu dikuarantin di rumah, pihak berkuasa boleh mengetahui keberadaan individu tersebut sepanjang tempoh kuarantin yang perlu dijalani.

Penduduk di Sarawak yang baru pulang ke tanah air diberi keutamaan untuk menjalani arahan kuarantin di rumah selama 14 hari. Untuk pengetahuan, Sarawak ialah negeri pertama yang menggunakan teknologi pengesan seperti ini. Usaha ini perlu dipuji dan dijalankan di seluruh negeri lain untuk bersama-sama membanteras penularan virus COVID-19 ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...