Malaysia Menduduki Tempat Ke-4 Dalam Tinjauan Pendapat Awam Mengenai Tindakan Kerajaan Terhadap COVID-19

COVID-19

Malaysia Menduduki Tempat Ke-4 Dalam Tinjauan Pendapat Awam Mengenai Tindakan Kerajaan Terhadap COVID-19

Malaysia menduduki tempat keempat dalam tinjauan global mengenai pendapat masyarakat terhadap tindakan kerajaan mereka kepada penularan COVID-19, di hadapan  Singapura dan Indonesia yang berada di posisi ketujuh.

Ketua pegawai eksekutif agensi harta tanah IQI Global Group, Kashif Ansari berkata, ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana rakyat Malaysia merasakan negara mereka telah bertindak balas dengan baik terhadap pandemik itu.

Advertisement

Malaysia dikenali dengan kemudahan perubatan bertaraf dunianya yang merupakan antara terbaik  di dunia dan kerajaan telah mengambil tindakan menyeluruh dah berkesan dalam melindungi rakyatnya.

“Kerajaan Malaysia telah meletakkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat di atas kepentingan ekonomi jangka pendek. Ini menjadikan Malaysia hanya mempunyai sedikit kes jangkitan dan dijangkakan negara ini akan lebih cepat berakhir tempoh kawalan pegerakan berbanding negara lain.”

Dia mengatakan pada masa hadapan apabila pembeli hartanah dari China dan bahagian lain di Asia ingin membuat pelaburan, mereka akan melihat Amerika Syarikat dan United Kingdom masih menghadapi kesukaran menangani krisis COVID-19.

Malaysia menurutnya dilaporkan hanya mengalami kes kehilangan nyawa yang amat sedikit, berbanding 105 negara lain yang mengalami lebih banyak kematian akibat COVID-19 mengikut purata per juta bilangan penduduk negara masing-masing.

Dalam tinjauan itu, Malaysia berada di tempat keempat dengan skor indeks 58, di belakang Emiriah Arab Bersatu dan India yang sama-sama terikat di tempat ketiga dengan skor indeks 59. Vietnam berada di tempat kedua dengan skor 77, dan China dengan skor 85 teratas senarai itu.

sumber : The Straits Times

Penilaian prestasi ini dibuat  mengikut empat ciri-ciri utama iaitu kepemimpinan politik nasional, kepemimpinan korporat, komuniti dan media.

New Zealand dengan skor 56 adalah satu-satunya negara Barat dengan skor indeks lebih tinggi daripada purata global 45. Ini menunjukkan bahawa rakyat di negara Barat pada umumnya kurang berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa negara mereka.

Ansari berkata tinjauan itu dilakukan bersama agensi penyelidikan sosial terkemuka Blackbox Research dan pakar panel dalam talian antarabangsa Toluna antara 3 hingga 19 April 2020 ke atas lebih 12,000 orang berusia antara 18 hingga 80 di 23 buah negara.

Di samping itu, di Asia Tenggara, Malaysia boleh dikatakan seperti tempat perlindungan yang selamat daripada wabak COVID-19, dengan ciri-ciri dasar visanya yang tidak terlalu remeh, ekonomi yang pelbagai, peluang pendidikan yang baik, infrastruktur perubatan yang hebat dan tindak balas yang terbaik terhadap wabak itu.

Ini menjadikan Malaysia lebih popular dikalangan pembeli hartanah luar pada separuh kedua tahun 2020 berbanding tahun 2019.

“Pembeli hartanah dari Hong Kong dan tanah besar China merupakan kumpulan pembeli luar terbesar di Malaysia. Kita juga mengharapkan peningkatan pembeli dari Singapura, Indonesia dan Japan pada tahun ini, ” tambahnya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...