Malaysia Mencatatkan Rekod Tertinggi Dengan 24 Kes Kematian COVID-19

COVID-19

Malaysia Mencatatkan Rekod Tertinggi Dengan 24 Kes Kematian COVID-19

Sejak penularan wabak Covid-19 melanda negara pada tahun lalu, Malaysia merekodkan jumlah kematian sebanyak 24 kes hari ini di mana ia menjadi kes tertinggi pernah direkodkan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai Ketua Pengarah Kesihatan berkata, jumlah kematian yang direkodkan itu membabitkan 21 orang warganegara dan tiga warga asing.

Advertisement

Tambah beliau, ia menjadikan jumlah kumulatif kematian direkodkan setakat ini sebanyak 896 kes atau 0.36 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan setakat hari ini.

“Setakat tengah hari tadi, sebanyak 3,100 kes positif baharu Covid-19 direkodkan dengan 3,099 daripadanya adalah penularan tempatan, manakala hanya satu kes import direkodkan”. 

“Sebanyak 245,552 kes jangkitan Covid-19 direkodkan di negara ini dengan jumlah kes aktif sebanyak 51,977 kes. Kes penularan tempatan membabitkan seramai 1,619 rakyat negara ini atau 52.2 peratus, manakala 1,480 adalah atau 47.8 peratus bukan warganegara”.

ujian calitan

Beliau berkata demikian menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial Facebook. Seramai 282 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 134 kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 2,340 kes pulih direkodkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 192,679 kes atau 78.5 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan.

Selain itu, satu kluster baharu dilaporkan membabitkan sebuah pusat perubatan di Taman Bukit Petaling, Kuala Klawang di Negeri Sembilan dengan 16 kes dikesan positif Covid-19.

Dr Noor Hisham menjelaskan Kluster Taman Bukit Petaling membabitkan kumpulan berisiko tinggi berlaku di daerah Seremban dan Jelebu dengan kes indeks yang dilaporkan positif hasil saringan bergejala pada 4 Februari lalu.

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu sebuah pusat perubatan di Taman Bukit Petaling, Kuala Klawang. Sehingga kini, sejumlah 187 individu sudah disaring dan 16 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini”.

Beliau juga menjelaskan sebanyak 13 kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kluster jangkitan Covid-19 sebanyak 908. Sementara itu, sebanyak tiga kluster diisytiharkan tamat yang menjadikan 457 kluster tamat setakat ini.

“‘Tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kolam Permai, Kluster Timbang Dayang dan Kluster Pompod, manakala jumlah kluster aktif adalah 451”.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...