Melalui hantaran di Facebook, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM meluahkan rasa kesal susulan tindakan tiga orang penyampai radio popular persendakan agama lain dengan menjadikan ia sebagai bahan jenaka untuk konten di media sosial.
JAKIM kesal dengan tindakan tiga penyampai radio popular
Menurut Ketua Pengarahnya, Dato Dr. Sirajuddin Bin Suhaimiee, dia sama sekali tidak menyokong tindakan mereka tidak menghormati agama lain.
Setiap agama perlu dihormati dan tidak boleh dijadikan bahan ejekan atau persendaan dalam apa jua bentuk. Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, Malaysia MADANI menekankan nilai hormat-menghormati, toleransi, serta kesejahteraan bersama.
Dalam pada masa yang sama, JAKIM juga berasa kesal kerana perbuatan ketiga-tiga individu itu sememangnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Nasihat jaga sensitiviti agama satu sama lain
Susulan itu, JAKIM menasihati agar semua pihak menjaga sensitiviti keagamaan, sama ada dari segi tindakan ataupun pertuturan.
JAKIM menyeru agar semua pihak sentiasa mengamalkan sikap saling memahami dan bertoleransi. Prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua harus dijadikan panduan bagi memastikan keamanan dan perpaduan terus terpelihara di negara ini.
Sekadar info, semalam, tiga penyampai radio popular tampil memohon maaf atas kekhilafan mereka selepas video yang didakwa persendakan upacara agama lain tular di platfor media sosial.