Malaysia Kurang Bahagia, Jatuh 5 Anak Tangga Di Kedudukan Ke-64 Dalam Laporan Kebahagiaan Dunia 2025

Berita

Malaysia Kurang Bahagia, Jatuh 5 Anak Tangga Di Kedudukan Ke-64 Dalam Laporan Kebahagiaan Dunia 2025

Malaysia mencatatkan penurunan lima anak tangga dalam Laporan Kebahagiaan Dunia 2025, menduduki tempat ke-64 berbanding ke-59 pada tahun sebelumnya, menurut laporan yang diterbitkan oleh firma penyelidik Gallup.

Menurut Sinar Harian, laporan ini adalah hasil kerjasama Oxford Wellbeing Research Centre, UN Sustainable Development Solutions Network, dan Gallup, yang menganalisis tempoh antara 2022 hingga 2024 berdasarkan tinjauan kira-kira 1,000 responden dari 147 negara.

Advertisement

malaysia

Menurutnya, penyelidik mengenal pasti beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kesejahteraan penduduk antaranya sokongan sosial, pendapatan, kebebasan kesihatan dan persepsi terhadap rasuah.

Malaysia menduduki tempat ke-4 dalam kalangan anggota ASEAN, malah menjadi antara empat negara teratas di dunia di mana rakyatnya paling kerap berkongsi makanan bersama.

 

Rakyat Malaysia berkongsi kira-kira 11 hidangan seminggu dengan orang lain.

Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia berada di kedudukan ke-4, dengan Singapura mendahului di tempat ke-34, diikuti Vietnam (46) dan Thailand (49). Sementara itu, Indonesia (83), Laos (93), Kemboja (124) dan Myanmar (126) berada di kedudukan lebih rendah.

negara nordik

Sementara itu, negara-negara Nordik sekali lagi mendominasi kedudukan apabila Finland dilaporkan berada di tangga teratas untuk lapan tahun berturut-turut dengan markah 7.736 dalam Indeks Penilaian Hidup.

Denmark, Iceland dan Sweden masing-masing di tempat kedua, ketiga dan keempat, sama seperti tahun sebelumnya. Belanda juga kembali berada di kelompok lima teratas manakala Costa Rica (6) dan Mexico (10) buat pertama kali tersenarai dalam kedudukan 10 negara paling bahagia.

 

Jerman turut mencatatkan peningkatan dari tempat ke-24 ke-22, manakala Amerika Syarikat (AS) jatuh satu anak tangga iaitu kedudukan ke-24, rekod terburuknya setakat ini.

 

Lubnan (141), Sierra Leone (142) dan Afghanistan (143) disenaraikan sebagai negara paling tidak bahagia.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Zakat TNB
3 weeks ago

Agih Zakat RM33 Juta, Tenaga Nasional Berhad Komited Sokong Pembangunan Negara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...